‘Anak, mak, kekuatan saya teruskan persembahan’

MENDUDUKI tempat kedua pada konsert malam tadi, penyanyi Nubhan mengakui kekuatanuntuk terus bertahan dan memberikan persembahan terbaik dalam program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) datang daripada anak-anak dan ibunya, Mak Jenny.

Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, berkata, tekanan yang dihadapinya bukan sahaja datang daripada pertandingan tetapi juga disebabkan kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah.

Kekuatan saya anak-anak dan mak saya. kalau tiada mereka dalam kepala serta hidup saya, siapalah saya.

“Saya rasa dah cukup cakap fasal benda-benda (kemelut rumah tangga) ini dan saya bersyukur sebab peminat serta kawan-kawan sokong, beri kepercayaan.

Kalau tidak, saya rasa tiada kekuatan nak teruskan persembahan hari ini (semalam). Boleh kata saya tertekan, ditambah lagi dengan isu lain.

“Saya memang memerlukan ‘circle’ (orang sekeliling) yang bagus supaya terus kuatkan semangat saya,” katanya kepada HibGlam pada sidang media GV12.

Pada masa sama, bekas peserta Akademi Fantasia keenam (AF6) itu mengharapkan doa dan sokongan daripada orang ramai bagi menghadapi dugaan terutama dalam GV12.

“Saya cuba kuat untuk terus fokus, memang susah. Saya serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa sebab apa lagi kekuatan kita.

Saya tak boleh buat apa, saya insan lemah. Kita semua orang biasa, saya harap kekuatan dan doa agar diberikan semangat untuk meneruskan GV.,” jelasnya.

Ditanya sekiranya membaca kecaman dalam media sosial, Nubhan mengakui sebolah-bolehnya mengelak untuk mengambil tahu lebih lanjut supaya tidak menganggu fokusnya dalam pertandingan.

Secara general, saya tahu dan tengok media sosial sebab selalu tengok telefon tapi untuk tengok satu per satu lebih detail, saya memilih untuk terus fokus,” ujarnya.

Semalam, Nubhan mempersembahkan lagu Dambaan Pilu yang dipopularkan Khai dan berjaya menduduki tempat kedua dengan 67.75 peratus.

Selain Nubhan, GV12 turut disertai 12 peserta lain seperti Iskandar Ismail, Mendua, Shae, Freshie, Mark Adam dan Krisya.

Pertandingan tersebut turut dibintangi HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok