GV12: Elaine Kang umum tarik diri, Tok Ram tak ‘izinkan’

MESKIPUN baru dua minggu bertanding, penyanyi Datuk Elaine Kang mendedahkan mahu mengundur diri daripada program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Tidak menjelaskan punca, Elaine, 60, hanya memaklumkan kehadiran doktor peribadinya seolah-olah memberi bayangan mempunyai masalah kesihatan sehingga terpaksa menarik diri.

“Saya dalam industri dah 45 tahun, sesiapa yang tidak kenal saya tak mengapa.

“Selepas hari ini, saya tak ada peluang naik ke pentas ini lagi.

“Sebenarnya doktor saya ada di atas. Jangan risau saya seorang yang sangat positif,” katanya usai menamatkan persembahan.

Bagaimanapun, juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersepakat dan berjanji tiada penyingkiran pada minggu ini.

Dalam masa sama, Ramli turut memberikan kebebasan buat Elaine untuk menyanyikan lagu bahasa Cina pada minggu hadapan.

Minggu ini, Elaine menyanyikan lagu Angan-Angan nyanyian asal Raja Ema.

Selain Elain, GV12 turut disertai 12 bintang lain seperti Nubhan, Mark Adam, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

GV12 turut dibintangi Shae, Ruri Repvblik, trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), Iskandar Ismail, dan SHY8. –HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok