TANPA rasa segan, penyanyi rap Cardi B dedahkan tidak mencuci rambutnya selama tiga bulan atas alasan tidak ada masa berbuat demikian.
Selebriti kelahiran New York, Amerika Syarikat itu memaklumkan rutin mencuci rambutnya sangat ekstrem apabila memerlukan tempoh berjam-jam lamanya.
Malah, menurut ibu tiga anak itu, selain mencuci rambut dia akan meletakkan minyak, mengambil vitamin serta minum air beralkali agar ‘mahkotanya’ tumbuh lebat.
Sekarang saya harus mengoleskan minyak di kulit kepala kerana esok mahu mencucinya. Saya belum basuh rambut selama dua bulan. Opss! Sebenarnya saya bohong, mungkin sudah tiga bulan.
“Entahlah, saya pun tak perasan sejak bila saya tidak mencuci rambut.
Mungkin atas kepala saya sudah ada telur lipas, telur nyamuk atau apa pun,” katanya ketika membuat siaran langsung dalam Instagram.
Video tersebut mencetuskan kecaman netizen yang menyifatkan wanita berusia 33 tahun itu pengotor.
Begitupun, Cardi B seakan tidak kisah dikutuk dengan pelbagai gelaran buruk apabila tetap meneruskan sesi ‘live’ itu secara santai dan mesra melayan peminatnya.
Cardi B antara selebriti yang gemar berkongsi rutin kerja dan kehidupan peribadinya walaupun adakalanya perkara itu memalukan dirinya sendiri. – HIBGLAM
