Orang ketiga? Peminat BASS jangan ‘memandai’

ISU kehadiran orang ketiga yang menjadi punca keberantakan hubungan suami isteri atau pasangan kekasih bukan satu perkara pelik dalam masyarakat hari ini.

Jika hadir dalam mana-mana hubungan, orang ketiga boleh diibaratkan sebagai musuh utama. Selagi boleh, hindarilah kerana bahana risikonya mampu menggugah keharmonian.

Sepertinya, situasi tersebut yang dapat dilihat apabila seorang wanita bernama Ami Ilana menjadi sebutan ramai apabila dikatakan sebagai orang ketiga dalam hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq atau lebih dikenali sebagai BASS.

Semuanya berpunca apabila ibu kepada Ahli Parlimen Muar berkenaan iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengikuti akaun Instagram Ami dan didakwa ‘melebihkan’ wanita tersebut berbanding Bella.

Perkara tersebut mengundang kemarahan peminat BASS sehingga Sharifah Mahani dilabel pilih kasih dan didakwa tidak menyukai Bella.

Bukan sahaja Sharifah Mahani, terdapat juga pihak mendakwa pihak pengurusan yang menjaga media sosial jenama pakaian Primavalet ada berniat menjatuhkan Bella.

Namun, semua itu sekadar andaian yang tiada kesahihan. Yang pasti semuanya mencetuskan gelombang kerisauan besar para pengikut obses yang bimbang sekiranya BASS terkubur.

 

SEDAR banyak kekecohan dalam kalangan peminat, Bella cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan tidak wujud sebarang pergaduhan melibatkan dirinya dengan mana-mana pihak.

Hubungan BASS perlu berakhir ke jenjang pelamin dan itu impian yang dihajati setiap peminat fanatik mereka.

Jika diteliti, platform media sosial khususnya Threads ibarat dilanda badai apabila pada peminat memulakan misi ‘amuk’ dek kebimbangan hubungan BASS akan berakhir. Pelbagai dakwaan dizahirkan bahkan ada yang mahu memulakan misi memboikot jenama Primavalet sekiranya hubungan BASS benar-benar terputus di tengah jalan.

Begitulah penangan fenomena yang tercetus sejak awal tahun ini.

Namun, satu hal yang mendapat kritikan ramai adalah tindakan segelintir peminat yang ‘menyerang’ Sharifah Mahani. Itu satu tindakan tidak matang, seorang ibu tidak sepatutnya menjadi sasaran amarah.

Presiden balas komen

Barangkali sedar dengan ledakan api kemarahan peminat, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah tampil menyejukkan keadaan, menjelaskan dia tidak bermusuh atau bergaduh dengan mana-mana individu yang didakwa ramai.

Saya minta jasa baik semua, jangan tanya fasal sebarang pergaduhan.

“Alhamdulillah tiada gaduh dengan sesiapa,” katanya ringkas sekali gus perlahan-lahan meredakan kemarahan peminatnya.

Tidak terhenti di situ, abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah turut meminta orang ramai tidak terus mengecam ibunya.

Syed Abdullah yang turut menggelar dirinya sebagap ‘presiden’ BASS, bertegas Sharifah Mahani bukanlah individu yang mahir dalam dunia teknologi terutama media sosial.

“Saya minta semua bertenang dan tolong jangan serang mama. Kena faham sedikit, mama kurang mahir bab IT.

Tentang forward WhatsApp dan hantar GIF memang dia mahir tetapi kalau nak ‘follow-follow’ itu biasanya anak-anak yang tolong buatkan.

“Saya sayang kamu semua, tapi ‘chill’ dulu okey,” kongsinya.

Segala kegelisahan peminat BASS juga sedikit terubat apabila Bella dan Syed Saddiq saling berbalas komen dalam Instagram yang turut disertakan dengan emoji berbentuk hati berwarna merah.

Awak memang ‘iron lady’ yang sebenar,” komen Syed Saddiq kepada ibu kepada dua cahaya mata itu dalam ruangan komen Instagram.

Meski sehingga hari ini tiada sebarang pengesahan daripada Bella mahu pun Syed Saddiq mengenai status mereka, peminat BASS tetap memberi sokongan dan yakin dua figura itu sedang menjalin hubungan cinta.

Kesudahan fenomena BASS? Sehingga hari ini ramai setia menanti tetapi hanya empunya badan sahaja yang boleh menjawabnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok