Fail cerai, Christina Perri tuntut anak

PENYANYI Amerika Syarikat, Christina Perri yang memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Los Angeles Isnin lalu dilaporkan tidak membuat sebarang tuntutan terhadap suaminya, Paul Costabile.

Tindakan itu dipercayai berkait rapat dengan perjanjian praperkahwinan yang dimeterai sebelum mereka berkahwin.

Artis yang popular dengan lagu tema filem Twilight Saga: Breaking Dawn dan A Thousand Years itu hanya mahu dilepaskan daripada ikatan perkahwinan yang sudah memasuki tujuh tahun itu.

Sekadar menyatakan tiada persefahaman, Perri cuma mahu hak penjagaan sah dua anak mereka yang berusia tujuh dan tiga tahun.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Disember 2017

Langkah Perri memfailkan perceraian secara rasmi menamatkan spekulasi sejak beberapa bulan lalu apabila mereka jarang muncul bersama selain tidak lagi berkongsi gambar keluarga di media sosial.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok