‘Jangan tanya, saya tak bergaduh dengan sesiapa’

PENYANYI Bella Astillah berharap orang ramai tidak mensensasikan atau mengajukan sebarang soalan berkaitan gosip melibatkan hubungannya dengan ahli politik, Syed Saddiq yang kononnya diganggu seorang wanita.

Pemilik nama lengkap Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, itu turut menjelaskan dia tidak bergaduh dengan sesiapa yang didakwa mempunyai kaitan dengan spekulasi liar terbabit.

Saya minta tolong jasa baik semua, jangan tanya fasal apa-apa pergaduhan.

“Alhamdulillah tiada gaduh dengan sesiapa,” katanya dalam sebuah siaran langsung.

Dalam masa sama, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu turut berharap agar semua pihak melihat sisi positif tanpa menimbulkan sebarang spekulasi.

Kita positif okey? Kita mulakan hari Isnin (semalam) dengan benda-benda baik,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, kecoh dalam media sosial kononnya ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani lebih menyukai individu yang juga kakitangan jenama diwakili pasangan terbabit.

Lebih menguatkan andaian, Mahani dikatakan kerap memuat naik foto bersama wanita didakwa juga anak angkatnya berbanding Bella.

Malah, Mahani juga mengikuti Instagram wanita itu tetapi tidak berbuat perkara sama kepada Bella.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin intim selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama namun masing-masing hanya mengakui tidak lebih daripada kawan.

Membuatkan hati peminat semakin berbunga-bunga apabila bersama keluarga masing-masing, Bella turut menemani lelaki terbabit ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis yang berlangsung pada 14 September lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok