Doktor vs dukun, Menjelang Maghrib 2 lebih gelap

FILEM Indonesia, Menjelang Maghrib yang pernah mencetuskan fenomena pada 2022 kembali mengganas dengan sambungan berjudul Menjelang Maghrib 2: Wanita Yang Dirantai.

Seram berganda, naskhah terbitan Helroad Films itu digarap bersama versi baharu dengan suntikan elemen budaya yang bertentangan hukum sains moden.

Penerbit dan pengarah, Helfi Kardit berkata, sekuel itu masih kekal dengan tema utama iaitu ‘Wanita Yang Dipasung’, namun sarat unsur peradaban masyarakat setempat sekali gus menggandakan keunikan latar cerita.

Bagi filem kedua ini saya masih konsisten dengan tema utama yang menjadi paksi kepada penceritaaan iaitu pasung.

Meskipun filem ini akan dihasilkan dalam beberapa siri lagi, garapan tetap dikekalkan dengan tema yang sama,” katanya.

Terbitan Helroad Films, naskhah Menjelang Magrib 2 digarap dengan suntikan elemen budaya yang bertentangan hukum sains moden.

Berlatarbelakangkan tahun 1920-an ketika Indonesia masih dijajah Belanda atau dikenali sebagai Hindia Belanda, Menjelang Maghrib 2 membawa penonton ke kawasan terpencil di kaki gunung yang menyimpan seribu satu kisah seram.

Di perkampungan itu seorang dukun merawat pesakit mental dengan kaedah bertentangan prinsip perubatan moden.

Seorang doktor, Giandra yang terbaca kisah gadis bernama Layla dipasung selepas mengalami gangguan mental datang ke perkampungan tersebut untuk menyelidik perkara tersebut.

Bongkar Rahsia

Bersama wartawan kacukan Indonesia-Belanda iaitu Rikke, Giandra cuba menyelami misteri pesakit terbabit sehingga satu demi satu rahsia gelap mula terbongkar.

DIBINTANGI Aditya Zoni, Ajeng Fauziah serta Muthia Datau, kisah seram Menjelang Maghrib 2 bakal menghantui pawagam seluruh negara mulai 20 November depan.

Menurut Helfi lagi, Menjelang Maghrib 2 yang ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 4 September lalu mendapat sambutan luar biasa.

Dia berharap versi sambungan berkenaan meraih maklum balas positif peminat Malaysia memandangkan Menjelang Maghrib mencatat kutipan hampir RM2 juta di sini.

Semasa ditayangkan di Malaysia tiga tahun lalu, Menjelang Maghrib mendapat sambutan hebat penggemar filem seram dengan kutipan hampir mencecah RM2 juta.

“Sudah tentu saya meletakkan harapan tinggi agar kesinambungan kisahnya diterima baik ramai warga Malaysia seperti naskhah sulung,” ujarnya.

MENJELANG Maghrib 2 memaparkan naratif lebih gelap dan seram berganda.

Dibintangi Aditya Zoni, Ajeng Fauziah serta Muthia Datau, Menjelang Maghrib 2 bakal menghantui pawagam seluruh negara mulai 20 November depan.

Selain menyajikan naratif mendebarkan, khalayak bakal dibawa menyusuri desa tradisional, rumah kampung yang mendamaikan serta menyelami pemikiran dan komunikasi masyarakat setempat pada era tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok