PEMPENGARUH media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dilihat memadam foto bersama kekasih, Jefri Nichol dalam Instagram.
Jefri yang merupakan pelakon terkenal dari Indonesia turut dilihat melakukan hal sama dalam akaun Instagram miliknya.
Netizen yang menyedari perkara itu mula mempersoalkan adakah pasangan merpati duo sejoli itu sudah putus cinta.
“LMK (singkatan nama Ameera) sudah putus dengan Jefri ke? Gambar masing-masing dah padam,” tulis seorang pengguna akaun Threads.
Selain memadam gambar, kedua-dua mereka dilihat turut menyahikut akaun Instagram masing-masing.
Walaubagaimanapun, Jefri dilihat masih lagi mengikuti akaun Instagram kakak kepada Ameera iaitu Neelofa dan Noor Nabila.
Sebelum ini pasangan sama cantik sama padan itu sering menjadi perhatian netizen dari Malaysia dan Indonesia susulan kemesraan yang ditayangkan mereka dalam Instagram.
Kedua-dua mereka juga pernah menghadiri acara minggu fesyen di luar negara dan kerap bercuti bersama.
Malah Jefri juga pernah ke rumah Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, dan kelihatan sangat mesra bersama ibu serta ahli keluarganya yang lain. -HIBGLAM
