Lamar kekasih depan Eiffel Tower, Taecyeon bakal bergelar suami

ENAM tahun menjalin cinta, pelakon dan penyanyi Taecyeon mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya.

Berita  gembira itu disampaikan semalam menerusi satu nota kepada peminat selepas dia melamar kekasihnya di hadapan Eiffel Tower di Paris, Perancis pada Februari lalu.

“Hello. Ini OK Taecyeon dari 2PM. Saya memutuskan untuk menulis dan berkongsi berita gembira ini dengan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan buat saya.

“Sudah 19 tahun berlalu sejak saya debut dan saya berada di sini kerana anda semua. Sebab itu saya rasa anda berhak menjadi yang pertama tahu berita ini.

“Saya sudah berjanji menghabiskan hidup bersama wanita yang memahami dan dipercayai sejak sekian lama. Kini kami mahu hidup bersama dan sentiasa berada di sisi masing-masing (berkahwin),” tulisnya seperti dilaporkan AllKpop.

Menerusi surat tersebut, Taecyeon juga berjanji untuk menjadi anak seni yang lebih baik selepas berkahwin kerana sokongan peminat.

Terdahulu, anggota kumpulan 2PM itu mendedahkan menjalin hubungan cinta dengan seseorang sejak 2020.

Meskipun tidak mendedahkan identiti kekasihnya, pasangan terbabit sudah sedia mendirikan rumah tangga sekitar musim bunga ini.

Difahamkan, wanita yang mencuri hati selebriti kesayangan ramai itu berusia 33 tahun dan bekerja di pejabat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok