Kantoi gambar dalam Pinterest, suami Raisha curang?

SELEPAS mengejutkan ramai dengan berita perceraian, suami kepada penyanyi Raisa iaitu Hamish Daud didakwa berselingkuh.

Khabar itu hangat diperkatakan apabila tular bukti hubungan sulit Hamish dan wanita bernama Sabrina Alatas yang merupakan cef selebriti.

Difahamkan, mereka mempunyai sebuah ‘folder’ dalam aplikasi Pinterest bertajuk ‘Future House’ (rumah masa depan) yang memuatkan gambar hiasan dalaman serta rekaan rumah seolah-olah sedang merancang hidup bersama.

Begitu pun, semua gambar tersebut dipadam sebaik sahaja isu terbabit mula tular dalam media sosial.

Lebih menguatkan lagi dakwaan hubungan sulit tersebut, tular pula foto yang memperlihatkan susuk mirip Hamish dan Sabrina bersama beberapa rakan lain dalam satu majlis santai.

Sebelum ini, status rumah tangga Raisa sering menjadi bualan ramai apabila Hamish jarang menemaninya ke acara hiburan.

Wakil Pejabat Agama Jakarta Selatan (PA Jaksel) iaitu Abid M.H mendedahkan tuntutan perceraian difailkan pihak Raisa terhadap Hamish pada 22 Oktober.

Pelantun lagu Terserah itu turut menegaskan, walaupun hubungan mereka kini berubah namun kasih sayang terhadap anak mereka tetap utuh dan menjadi prioriti.

Terdahulu, Raisa Andriana, 35, dan Hamish Daud menikah pada 3 September 2017 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zalina. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok