Zaiton Sameon peserta ke-14 GV12

MENCIPTA kejutan, penyanyi veteran Zaiton Sameon diumumkan sebagai peserta ke-14 Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) sewaktu sesi pengenalan peserta konsert minggu pertama yang berlangsung sebentar tadi.

Nama penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu tiba-tiba diumumkan selepas 13 peserta GV12 diperkenalkan.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak produksi GV12 mengenai pembabitan Zaiton sebagai peserta GV12.

Ada juga yang beranggapan kemunculan Zaiton hanyalah sebagai gimik untuk konsert pertama.

Sebelum ini 13 peserta GV12 yang diumumkan sewaktu sidang media ialah Nubhan, Rahmat Ekamatra, Shy8, Korie, Mark Adam, Iskandar Ismail, Ruri Repvblik, Mendua, Freshies, Shae, Datuk Elaine Kang, Mell Sakura dan Krisya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok