Shila Amzah tak suka lipat baju, Ubai okey je

BILA sudah berkahwin, memang banyak kekurangan pasangan yang perlu diterima si isteri.

Sama juga dilalui Ubai yang menerima seadanya kekurangan isteri tercinta, Shila Amzah iaitu tidak suka melipat baju.

“Ubai sudah tahu saya memang tak suka lipat baju tapi alhamdulillah dia terima kekurangan saya.

“Dahulu kalau kena lipat baju, duduk depan TV, tiga jam tak habis.

Kalau Ubai lipat, sekejap sahaja dan semua lipatan dia sama saiz,” kongsi Shila.

Untung betul Shila dapat suami memahami dan ringan tulang bantu buat kerja rumah. 

Bukan semua lelaki rajin nak bantu, syukurlah dan elak diri ‘burn out’ ya.

DIVA: Semakin hari semakin lucu Anzalna dan suami. Terus hiburkan rakyat Malaysia ya.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok