Baru 3 tahun kahwin, Sweet Qismina tak rancang lakukan IVF

MESKI mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri, pelakon Sweet Qismina menegaskan tidak mempunyai perancangan melakukan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yag dicadangkan segelintir pihak sebelum ini.

Menurut Sweet, 28, usia perkahwinannya bersama pelakon, Adam Lee masih lagi baharu dan dia tidak tergesa-gesa dalam soal menimang cahaya mata.

“Saya tak pernah terfikir nak buat apa-apa rawatan, tambahan pula usia rumah tangga saya dengan Adam baru tiga tahun, terlalu baru.

“Usia juga masih muda dan buat masa sekarang hanya ‘follow the flow’. Kalau ada rezeki untuk hamil, semua itu kerja Allah SWT.

“Tiada nak komen lebih tetapi doakanlah, amin!” katanya kepada Kosmo! Online selepas dinobatkan sebagai Pelaon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) di sini, semalam.

Ujarnya, individu sekeliling termasuk suami dan keuarga tidak pernah memberi sebarang tekanan kepadanya mengenai hal zuriat.

Namun, dia tidak pernah menolak sekiranya diberikan rezeki untuk memiliki anak dalam tempoh terdekat.

“Saya dan suami tak pernah ada tekanan langsung daripada orang luar.

“Kami sangat bersyukur keluarga selalu beri semangat dan doakan yang baik-baik.

“Rezeki saya tahun ini (menang anugerah), mana tahu rezeki zuriat pun datang juga tahun ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

Dia juga sebelum ini pernah beberapa kali menyuarakan impian untuk menimang cahaya mata sendiri tetapi seingga kini masih belum diberikan rezeki. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok