Umur 14 tahun, Drew Barrymore dah masuk pusat pemulihan

PERNAH berada pada fasa terendah dalam hidup, pelakon Drew Barrymore mendedahkan dimasukkan ke pusat rehabilitasi pada usia 14 tahun.

Kisah silam itu dikongsikan menerusi program bual bicara The Drew Barrymore Show yang turut menyaksikan bintang berusia 50 tahun itu bercerita tentang drama terbaru lakonannya berjudul Wayward.

Tetamunya merupakan penulis juga pelakon drama di saluran Netflix itu, Mae Martin yang mengolah siri berkenaan berdasarkan kisah benar membabitkan rakan karibnya ketika zaman kanak-kanak.

Plot berkaitan siasatan seorang polis di sebuah bandar kecil terhadap kehidupan remaja bermasalah seolah-olah mengimbas kembali pengalaman lampau Barrymore.

Saya juga pernah dibawa dan ditempatkan di sebuah pusat rehabilitasi atau lebih tepat pemulihan akhlak seperti dalam Wayward selama dua tahun kerana suka memberontak,” kata Barrymore.

Menurutnya, pengalaman itu membuka matanya terhadap banyak perkara terutama soal kehidupan dan berazam untuk menjadi insan lebih baik. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok