49
TAHUN ini memang milik Amira Othman, hampir setiap minggu namanya menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial terutama sejak mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin.
Dia sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila solekannya pada majlis persandingan yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini dipuji ramai.
Mendapat sentuhan jurusolek profesional dikenali sebagai Austouxh, wajah Amira saling tidak tumpah seperti anak patung hidup.
Ramai berpendapat solekan begitu menjadikan wajahnya eksklusif dan lari daripada kebiasaan.
Cantik sangat air tangan Austouxh, Amira nampak muda 10 tahun. Nampak macam patung pun ada, berseri sungguh,” puji netizen.
