‘Abadi Nan Jaya’ kisah pembuat jamu yang bikin cemas!

FILEM Abadi Nan Jaya menjadi salah satu karya terbaru dari industri perfileman Indonesia yang berjaya meraih respons positif ramai baru-baru ini. 

Ditayangkan dalam Netflix bermula 23 Oktober lalu, naskhah arahan Kimo Stamboel itu menghadirkan kisah serangan zombi di Indonesia selain dilengkapkan dengan sentuhan budaya masyarakat di sebuah desa kecil di Jogjakarta dan konflik kehidupan di negara tersebut.

Naskhah hebat ini mengisahkan ketua keluarga Sadimin yang mencipta ramuan jamu untuk awet muda iaitu Jamu Abadi Nan Jaya.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila mencetuskan wabak baharu sehingga penduduk setempat berubah menjadi zombi.

Penyebaran wabak tersebut turut mengungkap segala rahsia gelap di sebalik bisnes jamu yang diusahakan keluarga tersebut yang dalam masa sama berjuang untuk menamatkan virus zombi daripada terus menular.

Abadi Nan Jaya yang kini tersenarai sebagai salah satu filem paling popular dalam Netflix menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mikha Tambayong, Eva Celia, Donny Damara, Marthino Lio.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok