Netizen kenenkan Adira, Hafiz pula

SERASI sejak bergandingan menerusi lagu Ombak Rindu pada 2011, Adira Suhaimi memang sesuai berduet dengan Hafiz Suip.

Selepas itu banyak juga single duet dihasilkan mereka, bahkan kalau persembahan pentas pun ramai penganjur suka panggil mereka.

Namun, bukan itu yang Diva nak cerita atau fasal Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip di mana Adira pun diundang tampil di Mega Star Arena pada 1 November depan.

Sebenarnya Diva tertarik dengan usikan peminat yang berharap dua selebriti itu menjalin hubungan lebih daripada sahabat.

Masing-masing pun sudah berstatus solo, malah ramai beri lampu hijau memandangkan Adira dan Hafiz pernah bercinta walaupun hanya seketika.

Biarpun kedua-duanya memaklumkan lebih selesa berkawan, tidak lebih daripada itu, masih ada peminat yang mahu melihat mereka bersatu. Mana yang baik kita mainkan sahaja ye.

DIVA: Senarai peserta Gegar Vaganza musim ke-12 dah keluar, susah betul nak pilih calon kegemaran!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok