G-string bulu laris, Kim Kardashian jual penutup puting pula

AHLI perniagaan juga sosialit terkemuka, Kim Kardashian teruja apabila g-string berbulu sintetik yang dijual pada harga USD$32 atau RM150 sehelai habis disambar pembeli dalam tempoh beberapa minit, minggu lalu.

Menurut ibu kepada empat anak itu, dia tidak menyangka idea lucu yang direalisasikan sekadar suka-suka dan dijual dalam laman sosial menjadi kegilaan ramai wanita.

Sebagai kesinambungan, produk diberi nama Faux Hair Micro String Thong bawah jenama Skims itu akan ditambahkan variasi lain termasuk penutup puting payu dara.

Biarpun mencetuskan kontroversi disebabkan menyerupai bulu kemaluan, Kim percaya sambutan ramai menunjukkan produk Skims tersebut memenuhi selera penggemar.

Dengan pilihan pelbagai warna, dikatakan sudah berderet senarai pembeli yang mahu membuat tempahan awal untuk keluaran g-string seterusnya.

Pada masa sama, pasukan kreatif Skims dalam fasa menghasilkan produk unik lain, namun belum sedia untuk mendedahkannya kepada umum.

Ramai pemerhati berteka-teki variasi di bawah jenama terbabit tentu sahaja pelik seperti mana g-string bulu yang juga mempunyai pilihan ‘rambut’ keriting. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok