Foto kad majlis kahwin Puteri Sarah, Andi tular?

UMUM tahu gosip cinta antara Puteri Sarah Liyana dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil bukan perkara baharu.

Meski kerap dinafi Puteri Sarah, peminat tetap mahu melihat hubungan mereka berakhir di jenjang pelamin.

Namun, baru-baru ini Diva terkejut apabila tular foto kad undangan perkahwinan Puteri Sarah dengan Andi.

Terus Diva lakukan siasatan dan mendapati semua itu hasil suntingan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menakutkan betul teknologi zaman sekarang, boleh cetuskan fitnah!

Puteri Sarah pun sudah jelaskan foto itu palsu dan tiada kena mengena dengan dirinya dan Andi.

Diva nak pesan kepada orang ramai, hati-hatilah guna teknologi AI. Jangan sampai cetuskan huru-hara tidak sepatutnya.

DIVA: Akhir tahun memang ramai betul selebriti fail cerai. Seram!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok