Britney curang dengan rakan sejenis – Bekas suami

BEKAS suami penyanyi Britney Spears, Kevin Federline membuat pendedahan mengejutkan tentang kecurangan selebriti sensasi itu.

Semua hal yang tersorok dalam kain didedahkan dalam buku You Thought You Knew yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat.

Antaranya, Federline yang mengahwini Spears pada 2004 dan bercerai tiga tahun kemudian mendakwa bintang pop itu menjalin hubungan dengan wanita ketika persembahan jelajah di Amsterdam.

“Saya dan Britney balik ke bilik hotel selepas konsert. Tak lama kemudian, dia maklumkan mahu keluar sebentar. Waktu itu seluruh tingkat hotel dikhaskan untuk team kami.

Pelik kenapa dia belum kembali, saya mencarinya untuk melihat apa yang terjadi. Ketika menuju lif, saya melintasi sebuah bilik dan nampak dia dan seorang wanita berkucupan.

“Mereka menoleh dan pada saat itu saya terus berlalu,” tulisnya dalam salah satu muka surat.

Berang dengan kejadian itu, dia segera mengemas pakaian apabila tiba di bilik, namun dihalang Spears yang merayu agar memaafkan dirinya.

Wakil Spears bagaimanapun menyangkal dakwaan itu yang disifatkan sebagai balasan selepas penyanyi itu tidak perlu lagi membayar wang saraan kepada dua anak mereka yang dijaga Federline. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok