Cantik Azira Shafinaz, persis Gigi Hadid!

KEJELITAAN dimiliki Azira Shafinaz ternyata tidak perlu dipertikaikan lagi.

Muncullah dengan gaya apapun, pelakon berusia 34 tahun itu pasti akan mencuri perhatian sekali gus meraih pujian ramai.

Pujian itu yang diraihnya baru-baru ini apabila tampil dengan imej berambut pendek pada sebuah majlis.

Potongan rambut tersebut membuatkannya kelihatan semakin muda hingga ada yang menggelar ahli kumpulan De Fam berkenaan sebagai Gigi Hadid Malaysia kerana dikatakan memiliki wajah seiras.

“Cantiknya, Azira macam Hadid, manis!

“Sesuai betul potongan rambut sebegitu dengan dia, nampak makin muda pula” puji netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok