Sah Raisa fail cerai, bicara 3 November depan

TEKA-teki terjawab, penyanyi Indonesia Raisa memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Hamish Daud.

Perkara tersebut disahkan wakil Pejabat Agama Jakarta Selatan (PA Jaksel), Abid M.H dengan mendedahkan perceraian tersebut difailkan pihak Raisa terhadap Hamish pada 22 Oktober lalu.

“Perceraian didaftar secara online oleh Raisa pada 22 Oktober 2025 dan telah berada dalam sistem kami.

Prosiding pertama kes perceraian pihak-pihak berkenaan (Raisa dan Hamish) adalah pada 3 November 2025 di PA Jaksel,” katanya.

Bagaimanapun, Abid menegaskan tidak mengetahu punca Raisa memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Sejak semalam, dakwaan keretakan rumah tangga Raisa dan Hamish bertiup kencang dalam media sosial selain mengundang pelbagai reaksi peminat yang berharap perkara tersebut tidak benar.

Meski hangat menjadi bahan bualan ramai, Raisa mahupun Hamish sehingga kini masih mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan mengenai dakwaan perceraian tersebut.

Sebelum ini, status rumah tangga Raisa juga sering menjadi bualan ramai apabila Hamish jarang menemaninya ke acara hiburan.

Terdahulu, Raisa Andriana, 35, dan Hamish Daud menikah pada 3 September 2017 di Jakarta.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zalina Raine Wyllie. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok