Tak kekok jaga anak sambil bancuh susu, Kamal dipuji netizen

PELAKON Kamal Adli dipuji netizen tidak kekok menguruskan anak, Hawra Uqaira selepas tular video dirinya sedang menjaga puteri kesayangannya itu dalam media sosial.

Dalam video tersebut, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 41, dilihat memangku anaknya sambil membancuh susu.

Uqasha pula berada di meja sebelah dipercayai sedang bermesyuarat tentang hal kerja.

Menurut pandangan netizen, gaya Kamal menjaga anaknya seperti seseorang yang sudah arif menguruskan anak kecil.

“Nampak cara macam dah biasa urus. Sebelah tangan pun boleh. Orang kalau tak reti dan tak biasa nak buat susu, nak tengok air berapa banyak pun kalut. Macam nak perang,” komen netizen dalam Threads.

“Aku tak ada pengalaman diri sendiri atau suami bancuh susu formula. Tapi aku ‘salute’ kalau lelaki boleh urus dan rajin tolong jaga anak.

“Selalu lelaki yang ego dan malas memang tak akan buat benda macam ni. Semoga ikatan kasih perkahwinan dan kasih sayang bertaut kembali hendaknya,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu semalam Uqasha mengejutkan ramai apabila hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sempena prodising pertama kes perceraian yang difailkannya pada 1 Oktober lalu terhadap Kamal Adli.

Sebelum itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, pernah mengadu kepenatan kerana terpaksa bekerja dalam masa yang sama menguruskan anaknya yang sedang sakit.

Disebabkan itu juga netizen mula mengesyaki rumah tangga pasangan ini sedang berantakan. Malah mereka juga dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung sejak April lalu.

Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 5 November 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada April 2025. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok