PENYANYI Nubhan, Usop Wilcha dan Mark Adam antara peserta program nyanyian Gegar Vaganza ke-12 yang diumumkan hari ini.
Selain mereka bertiga, antara peserta lain yang terpilih adalah Rahmat Ekamatra, Korie, Krisya, Mell Sakura, Datuk Elaine Kang dan Kumpulan Freshies.
Peserta dari Indonesia pula diwakili oleh Shae, Ruri Repvblik dan Kumpulan Mendua. Manakala wakil dari Singapura pula Iskandar Ismail.
Kerusi juri pada tahun ini masih kekal menjadi milik Datuk Ramli MS selaku ketua juri, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.
Nabil Ahmad kembali sebagai hos untuk tahun ke-12 berturut-turut dan dia bakal ditemani Sherry Al-Hadad.
Nubhan ketika ditemui berkata, dia menerima tawaran menyertai GV12 kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan beraksi di pentas besar.
“GV merupakan sebuah pentas besar. Jadi bila ditawarkan pihak Astro, saya rasa macam tak sesuai pula untuk saya menolak,” katanya.
Sementara itu Usop Wilcha atau Shy8 pula berkata dia terkejut mendapat pelawaan daripada pihak Astro.
Saya tanya adakah mereka gila? Saya sudah lama tidak menyanyi. Tetapi saya ambil peluang ini untuk kembali sebagai penyanyi,” jelasnya.
Mark Adam pula berkata antara asbab dia menyertai GV12 adalah sebagai hadiah buat isteri tercinta.
Beras di rumah saya pun dah habis. GV merupakan pentas yang besar. Isteri saya suka bila saya menyanyi. Jadi saya buat ini untuk dia,” kongsinya.
GV12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104). – HIBGLAM

SAMA seperti musim terdahulu, GV menghimpunkan penyanyi yang pernah menjadi pujaan ramai satu ketika dahulu termasuk dari Singapura dan Indonesia.