Ujar Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, masyarakat seharusnya lebih peka terhadap penderitaan umat Islam di bumi Gaza berbanding menambah api gosip dalam kehidupan orang lain.
“Sekarang, tolong fokus pada cerita tentang Palestin. Sebarkan kisah mereka,” katanya menerusi hantaran dalam Threads.
Kenyataan pelantun lagu Eh! itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya.
“Setuju sangat! Orang sekarang terlalu sibuk nak tahu hal rumah tangga artis, tapi isu Gaza makin dilupakan,” tulis seorang pengguna media sosial.
Terbaik Zizi! Suara artis macam inilah yang kita perlukan. Gunakan pengaruh untuk ingatkan tentang Palestin,” kata seorang lagi netizen.
Namun tidak kurang juga yang berpendapat setiap individu berhak memberi pandangan terhadap isu semasa termasuk gosip selebriti.
“Kadang orang komen sebab prihatin, bukan semata-mata nak menyibuk. Tapi betullah, Palestin kena jadi keutamaan,” ujar seorang netizen.
Untuk rekod, Zizi antara selebriti tempatan yang lantang bersuara mengenai konflik di Gaza.
Dia bersama Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ardell Aryana dan delegasi lain menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa perang.
Sehingga kini, Zizi mengingatkan orang ramai agar tidak berhenti menyebarkan maklumat terkini berkaitan perjuangan rakyat Palestin. – HIBGLAM