‘Berhenti menipu’ – Linda selar kenyataan Beego

“BERHENTI menipu”.

Demikian kata pelakon Linda Hashim berhubung kenyataan diluahkan suaminya, Beego berkenaan lafaz taklik yang disebutnya pada Disember tahun lalu.

Tidak menyatakan butiran lanjut, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, meletakkan frasa tersebut pada tangkap layar satu artikel berkaitan permohonan pengesahan perceraian mereka.

Dalam berita itu, Beego memaklumkan mengeluarkan lafaz yang selamat iaitu menyatakan taklik hanya bermula jika isterinya kembali taat.

Namun katanya, Linda tidak balik ke pangkuannya selama setahun, sekali gus dia menganggap taklik tersebut sebagai tidak sah.

Isu permohonan perceraian yang dikemukakan ibu kepada tiga anak itu menjadi perhatian selepas proses di peringkat Jawatankuasa Perdamaian membabitkan wakil kedua-dua pihak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 19 Ogos lalu menemui jalan buntu.

Begitupun, pada sebutan semula kes 22 Oktober lalu pihak plaintif tidak hadir ke mahkamah atas alasan sibuk menjalani penggambaran.

Pasangan terbabit sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok