‘Jangan buat tak hadir, saya pun ada kerja saya’

MESKIPUN sakit tekak, pelakon Uqasha Senrose tetap berharap suaminya yang juga aktor Kamal Adli tampil ke mahkamah untuk menyelesaikan isu perceraian mereka.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, turut meminta Kamal supaya tidak menyusahkan pihaknya memandangkan dia juga sibuk dengan penggambaran.

“Saya cuma harap dia (Kamal) beri kerjasama.

Jangan buat tidak hadir begini, saya pun ada kerja saya,” katanya kepada HibGlam di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Hari ini, Uqasha mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding pertama kes perceraian.

Sepanjang sesi temu ramah Uqasha banyak berdiam diri dan menggeleng kepala namun berharap agar suaminya itu tampil memberikan kerjasama untuk memudahkan proses mahkamah.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan tarikh 28 Oktober bagi prosiding kedua perceraian pasangan selebriti Uqasha dan Kamal.

Bagaimanapun, Kamal tidak hadir ke mahkamah yang difahamkan sibuk menjalani penggambaran.

Sebelum ini, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka di ambang kehancuran pada April lalu.

Untuk rekod, pasangan itu telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.

Difahamkan, adik dan sepupunya iaitu Nelydia Senrose serta Aprena Manrose, turut hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan moral kepada Uqasha. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok