‘Comelnya Dua’ – Deepika, Ranveer akhirnya dedah wajah anak

SELEPAS lebih setahun melahirkan anak sulung, akhirnya pasangan pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh mendedahkan wajah anak perempuan mereka itu kepada umum.

Deepika dan Ranveer masing-masing berkongsi foto mereka sekeluarga sempena sambutan hari Diwali.

Ramai netizen teruja kerana buat pertama kalinya mereka dapat melihat wajah comel puteri pasangan popular itu yang diberi nama Dua Singh Padukone.

Comelnya Dua. Wajahnya kelihatan lebih seiras dengan Ranveer,” komen netizen.

Hantaran tersebut mendapat hampir lima juta tanda suka dan kira-kira 80 ribu komen daripada netizen termasuklah selebriti terkenal Bollywood.

“Wow! Dua kelihatan seperti mamanya versi mini. Semoga tuhan memberkati Dua,” komen pelakon terkenal, Bipasha Basu.

Disebalik keterujaan netizen dapat melihat wajah Dua buat pertama kali, ada juga komen-komen nakal yang mendakwa foto-foto tersebut dihasilkan menerusi kaedah AI.

Sebelum ini juga Deepika pernah dituduh memalsukan kehamilannya kerana berani tampil memakai kasut tumit tinggi ketika sedang sarat mengandung sewaktu mempromosikan filem lakonannya.

Untuk rekod Deepika dan Ranveer berkahwin pada Oktober 2018. Mereka menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 8 September 2024. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok