DRAMA keretakan rumah tangga pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus berpanjangan apabila aktres itu mendakwa tarikh pernikahannya dimanipulasi pihak suaminya.
Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menjelaskan dia sedia maklum dinikahkan pada 5 November 2021 namun dalam sijil nikah tertera tarikh 4 November.
“Allah Maha Besar, masya-Allah satu lagi (permasalahan). Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku 5 November 2021 pukul 9 pagi.
Tapi di sijil nikah aku dinikahkan ada 4 November 2021 pada pukul 9.30 malam. Allahuakhbar, adakah sah perkahwinan ini?
“Selama ini aku diperbodohkan seluruh keluarganya dan bapa saya dimanipulasikan si dia (Kamal) serta keluarga untuk kata sah sebab dah ada wali,” katanya dalam hantaran Instagram.
Berasa keliru, pelakon drama Jika Cinta Itu Buta itu meminta pandangan individu yang mempunyai pengetahuan mendalam soal nikah kahwin.
Tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin?
“Ustaz dan ustazah mohon tolong saya,” katanya lagi.

Tangkap layar perkongsian terbaharu Uqasha dalam media sosial yang mempersoalkan status pernikahannya dengan suami, Kamal Adli.
Hari ini, Uqasha mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding pertama kes perceraian.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan tarikh 28 Oktober bagi prosiding kedua bagi perceraian pasangan selebriti Uqasha dan Kamal.
Bagaimanapun, Kamal tidak hadir ke mahkamah yang difahamkan dengan alasan sibuk menjalani penggambaran.
Sebelum ini, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka di ambang kehancuran pada April lalu.
Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan. – HIBGLAM