Rambut Amy bukan ‘blonde’ tapi beruban!

TAMPIL dengan imej segar bersama potongan rambut baharu, penyanyi Datuk Amy Search meraih perhatian peminat yang memberikan pelbagai respons terhadap warna ‘mahkotanya’.

Tidak melatah, isteri merangkap pengurusnya, Datin Norhasniza Hassan atau Norish memberikan maklum balas berkenaan kemusykilan peminat dalam ruangan komen apabila ada netizen mengaitkan hukum mewarna rambut.

Menurutnya, warna seakan-akan ‘blonde’ itu adalah disebabkan faktor pencahayaan kuning ketika foto itu dirakamkan.

Kata wanita itu, seiring usia yang sudah menjangkau 67 tahun rambut Amy sudah beruban.

Penjelasan Norish yang disifatkan sebagai berhemah dan matang itu mengundang pujian netizen .

Memang Diva pun belek dua, tiga kali gambar vokalis kumpulan Search itu. Apa pun Amy yang turut diangkat sebagai Ikon Rock Sepanjang Zaman tetap steady dan stailo dengan imej sedemikian. Betul tak?

DIVA: Panas betul kes perceraian membabitkan penyanyi Nubhan dengan isterinya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok