‘Leona naik sheikh atas pentas, segan tengok’

KEMUNCULAN Leona di sebuah festival muzik baru-baru ini meraih pelbagai respons daripada orang ramai.

Ada yang terhibur, ada juga kurang senang dengan penampilan Leona yang dikatakan mencolok mata.

Pada acara tersebut, Leona tampil bergelek dengan memakai skirt pendek yang dipadankan dengan baju rona merah.

Ada berpendapat tidak salah menari atau bergelek tetapi janganlah terlalu ghairah sehingga lupa dia bawa imej wanita Muslim.

“Semakin lama semakin sakit mata dengan penampilan Leona, semoga diberikan hidayah.

“Naik ‘sheikh’ atas pentas, segannya tengok.

“Suka tengok konten media sosial Leona tetapi hal begini, tak sokong,” komen netizen.

Diva setuju dengan pandangan tersebut, Leona kena berpada-pada. Jangan terlalu seronok hingga lupa diri.

Apa pun, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadi pengajaran.

DIVA: Suka sikap Leona yang sentiasa positif dan tak kisah kecaman ramai.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok