“20 tahun perkenalan, banyak kenangan bersama.”
Demikian luahan penyanyi Felix Agus mengenangkan rakan baiknya iaitu Lotter yang meninggal dunia akibat penyakit tiroid.
Felix, 43, mengakui masih sukar mempercayai pemergian rakan karibnya itu namun reda dengan ketentuan Tuhan.
Pernah tinggal serumah, gaduh, merajuk, gembira tapi tetap saja sama-sama. Boleh dikatakan sudah macam adik-beradik.
“Perasaan bercampur baur, rindu kau. Masih tak percaya kau sudah tiada.
“Pemergian kau betul-betul mengejutkan tapi rencana Tuhan tiada yang tahu, pasti lebih besar,” katanya dalam Threads.
Pada masa sama, naib juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu berharap keluarga Lotter tabah menghadapi ujian tersebut.
Damailah kau disisi bapa di syurga.
“Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan berat ini,” ujarnya lagi.
Semalam, Lotter meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 10.50 malam akibat penyakit tiroid.
Pemergiannya mengejutkan rakan artis terutamanya di Sabah memandangkan Lotter berusaha menyembunyikan penyakitnya.- HIBGLAM