BERADA dalam senarai pelakon lelaki ‘papan atas’ di Hollywood, George Clooney menyedari semakin matang dalam menyeimbangkan kerjaya serta kehidupan.
Seiring waktu, ketika ini aktor yang sudah mencecah usia 64 tahun itu hanya mahu menikmati waktu emas bersama keluarga terutama dengan anak kembarnya, Ella dan Alexander, 8.
Begitupun, dalam mengecapi detik berharga, Clooney mengakui takut menua, namun bukan kerana perubahan fizikal, sebaliknya kehilangan daya ingatan sedikit demi sedikit.
Katanya, perkara yang ditakuti itu berlaku ketika dia terbabit dalam pementasan Broadway berjudul Good Night and Good Luck apabila berasakan sukar mengingati dialog di atas panggung.
Saya berlatih lagi di ruang persalinan sebelum naik ke panggung kerana bimbang terlupa dialog. Itu sesuatu yang menakutkan. Daya ingatan pada usia ini semakin kurang,” katanya.
Kebimbangan pelakon Ocean’s 86 itu juga berganda disebabkan keadaan ibu bapanya yang berdepan pelbagai masalah kesihatan atas faktor usia. – HIBGLAM