Artis ‘terpaling’ lantang, nak bahas biar berisi

MUTAKHIR, banyak betul kes melibatkan pelajar sekolah yang membawa kepada kematian. Naik seram Diva baca berita setiap hari.

Disebabkan banyak isu besar, ramailah mula menjadi pengulas dan pengkritik yang mengecam pihak kerajaan.

Selebriti tanah air juga tidak ketinggalan menyuarakan pandangan tetapi sayangnya terlalu mengikut emosi sehingga tak semak fakta dulu.

Naik hantu juga Diva baca hantaran mereka dalam media sosial, semua isu nak ulas dan bahas demi menuntut keadilan tetapi ibarat tin kosong.

Majoritinya berbaur tuduhan yang hanya mengikut emosi marah dan geram semata-mata. Sepatutnya kalau nak beri pandangan, semak dulu fakta tentang kes dan perihal undang-undang, bukan main ‘tembak’ sahaja.

Kalian selebriti dikenali ramai, sepatutnya beri contoh baik kepada masyarakat. Jangan sebab kalian, orang lain pun ikut beremosi tanpa sebab. – HIBGLAM

DIVA: Ramai kecam Uqasha Senrose cakap putar belit masa siaran langsung?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok