PERNAH menafikan bercinta, penyanyi Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau ‘ditangkap’ bercumbuan di atas sebuah kapal layar.
Menerusi foto dikongsikan Daily Mail hujung minggu lalu, lelaki berusia 53 tahun itu tampak santai tanpa berbaju sambil memeluk Perry, 40, yang berbaju renang.
Mereka menikmati waktu romantis di atas kapal persiaran mewah milik penyanyi lagu Last Friday Night itu di Santa Barbara, California, akhir bulan lalu
Sumber yang berada berhampiran kapal sepanjang 24 meter itu melihat pasangan terbabit sangat intim dan saling berpelukan seakan-akan tidak mempedulikan perkara lain.
Gosip percintaan antara Perry dan Trudeau mula diperkatakan tiga bulan selepas mereka dilihat makan malam di sebuah restoran mewah di Montreal ketika Perry mengadakan konsert di Kanada.
Begitupun, wakil penyanyi yang baru berpisah dengan aktor Orlando Bloom itu menafikan dakwaan menjalin hubungan bersama Trudeau yang juga berstatus duda anak tiga. – HIBGLAM