Julia Roberts pun kena buli

BERJAYA menggenggam trofi Oscar dalam tempoh tiga dekad karier seni merupakan perjalanan yang tidak mudah bagi aktres Julia Roberts, 57.

Pelakon asal Atlanta, Amerika Syarikat itu mendedahkan berdepan pengalaman buruk pada awal pembabitan dalam arena lakonan sekitar akhir 1980-an apabila sering dibuli.

Akuinya, dulu dia kerap berdepan ramai individu yang disifatkan kejam sehingga sampai suatu tahap hampir melemahkan semangatnya untuk meneruskan langkah sebagai anak wayang.

Walaupun tidak memperincikan pengalaman buruk dilalui, katanya enggan impian musnah dia bertekad bangkit sehingga akhirnya dicalonkan dalam Anugerah Academy bagi kategori Pelakon Pembantu menerusi filem Steel Magnolias pada 1990.

Menyusul setahun kemudian, Julia dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di bawah tiket filem Pretty Woman. Biarpun kalah, namanya memuncak dan trofi terbabit digenggam 10 tahun kemudian hasil lakonan cemerlang naskhah Erin Brokovich.

“Pengalaman buruk ini yang membuatkan saya mahu membuktikan segala komen menjatuhkan itu tidak benar dan sekadar momokan agar saya ‘angkat kaki’,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok