‘College life’ tak semeriah disangka, makan pun seorang – Ammar Ahyan

BERGELAR anak jutawan juga usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri tidak mudah buat Ammar Ahyan.

Bukan saja dikenali umum, dia kadangkala berdepan usikan yang kurang menyenangkan daripada rakan sekelas ketika menghadiri kuliah.

Ammar, 17, berkata, ada ketika rakan sekelas bertindak merakamkan gambarnya, termasuk saat sedang menggaru belakang badan dan tertidur.

“Ada yang rakam tanpa pengetahuan waktu tertidur, tengah main telefon bahkan, ketika sedang garu belakang badan pun, ada yang buat video.

“Cuba kalau mereka tengah garu belakang badan, saya pula rakam (video), macam mana perasaan mereka?

“Takkan saya nak cakap (tak selesa) dengan berpuluh-puluh orang. Kadang-kadang tak tahu nak cakap dengan siapa sampaikan gambar disebarkan saya tak jumpa owner (tukang sebar). Jangan mengaibkan saya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dengan penularan kes jenayah berpunca daripada gejala sosial yang sukar dibendung sekarang, Ammar mengakui takut dengan situasi yang dihadapinya itu.

“Saya rasa takut sebab kes (jenayah dan buli) bukan boleh berlaku di sekolah menengah sahaja. Boleh juga berlaku di tempat macam kolej dan universiti.

“Apa yang lagi bahawa, (kalau di universiti) tempat dipenuhi dengan orang dewasa yang ada duit yang membolehkan mereka membeli senjata-senjata tersebut.

“Macam saya sendiri, saya elakkan bersosial dengan orang yang salah. Saya (orang yang) senyap, pergi makan dan balik rumah.

“Saya kalau waktu makan memang sorang-sorang (seorang diri). Dalam hidup ini, kita kena jaga siapa kawan. Kehidupan kolej saya tidaklah semeriah seperti apa saya sangka,” katanya lagi.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes jenayah melibatkan pelajar sekolah sehingga ada yang mengakibatkan kematian sekali gus membuatkan ramai pihak bimbang dengan budaya serta sistem pendidikan di negara ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok