Beyonce bertudung, berabaya di Qatar

PENYANYI ternama antarabangsa Beyonce mengejutkan ramai apabila tampil berhijab ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Qatar baru-baru ini.

Difahamkan, dia berada di Qatar bersama suaminya yang juga penyanyi rap, Jay-Z atas urusan bisnes.

Menerusi foto tular dalam media sosial hari ini, penyanyi lagu Halo itu lengkap menggayakan abaya serba hitam bersama selendang yang dililit pada bahagian kepala selain memakai sepasang kaca mata warna gelap.

Perkara tersebut membuatkan ramai terkejut namun tetap dihujani dengan pujian kerana dikatakan menghormati budaya dan agama di negara orang.

“Masya-Allah, Beyonce kita berhijab!

“Tidak kisah penampilan itu untuk menyamar atau sebagainya, sekurang-kurangnya Beyonce menghormati budaya dan agama di Qatar, sangat bagus!

“Walaupun bertudung, kami tetap kenal awak, Beyonce!” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok