‘Generasi muda terdedah dengan internet, bahan tak elok’

PELAKON Azhar Sulaiman menegaskan beberapa isu jenayah melibatkan pelajar sekolah sejak kebelakang ini berlaku disebabkan akses internet tanpa kawalan.

Menurut Azhar, 54, generasi muda zaman sekarang bijak dalam menggunakan media sosial termasuk mencari bahan terlarang yang tidak sepatutnya ditonton oleh mereka.

“Masalah sebenar adalah gajet. Mereka terdedah dengan budaya tak elok.

“Kalau mereka pakai telefon bimbit yang tidak canggih, mereka tidak akan dapat akses kepada laman web lucah. Budak-budak sekarang pandai.

Saya rasa, fikir semula. Masalah kita adalah akses remaja kepada bahan-bahan yang merbahaya,” katanya dalam sebuah video.

Dalam masa sama, dia juga menegaskan desakan segelintir pihak yang meminta Menteri Pendidikan, Fahlina Sidek meletakkan jawatan susulan bebera insiden jenayah di sekolah baru-baru ini adalah tidak wajar.

“Macam-macam masalah berlaku kat sekolah ni. Abang rasa tak patut kita salahkan Menteri Pendidikan, sekolah dan jabatan pelajaran.

“Semua pihak telah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan sekolah kita,” katanya lagi.

Sejak semalam, media sosial kecoh memgenai kes jenayah apabila seorang remaja berusia 14 tahun didakwa menikam pelajar perempuan di sebuah sekolah di Petaling Jaya.

Rentetan itu, ramai yang menyuarakan pandangan kes tersebut berlaku disebabkan pelbagai faktor sehingga ada meminta Menteri Pendidikan meletakkan jawatan. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok