Baru balik umrah, hati Neelofa ibarat tertinggal di Tanah Suci

USAHAWAN dan selebriti terkenal, Neelofa mengakui hatinya seolah-olah tertinggal di Tanah Suci selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 36, perjalanan umrah kali ini begitu menyentuh jiwa dan terasa lebih mendalam berbanding sebelumnya.

“Alhamdulillah, walaupun penat, hati rasa tenang sangat.

Semoga setiap langkah, setiap doa diterima di sisi Allah,” katanya dalam Instagram.

Bekas pengacara MeleTOP itu turut berkongsi bahawa pengalaman kali ini membawa makna baharu dalam hidupnya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi selepas pulang ke tanah air.

“Kali ini susah sikit nak ‘move on’ dari perjalanan Mekah dan Madinah.

“Balik Malaysia tapi macam separuh jiwa masih di sana. Biasanya tak macam ini, sampai terbawa dalam mimpi.

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami umrah yang diterima dan sa’i yang diberi ganjaran,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok