Sudah 2025, Mariah Cary masih tak kenal JLo?

PUNCA penyanyi Mariah Carey bersikap dingin terhadap rakan seperjuangan, Jennifer Lopez atau JLo sehingga pernah menegaskan tidak mengenali selebriti terbabit masih menjadi tanda tanya.

Lebih dua dekad selepas komen Carey dia tidak mengenali Lopez menjadi bualan, kini pelantun lagu Emotions itu tetap teguh mengatakan tidak tahu siapa JLo.

Kenyataan itu diluahkan ketika tampil pada acara Watch What Happens Live with Andy Cohen baru-baru ini apabila hos terbabit mengimbas kata-kata Carey di sebuah program televisyen di Jerman.

Difahamkan, jawapan terhadap pertanyaan sama ada mengenali Jennifer Lopez yang dibalas dengan ‘tak kenal’ menjarakkan mereka.

Dengan selamba, Carey, 56, menegaskan kepada Cohen bahawa pada waktu tersebut dia hanya bersikap jujur sekali gus berasa pelik kenyataannya disensasikan.

Lucunya, apabila ditanya hos itu sekali lagi, dia mendakwa tidak kenal wanita itu biarpun Lopez pada sekitar 2016 menyatakan Carey sebenarnya pelupa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok