BARU-BARU ini Diva dikejutkan dengan khabar angin mendakwa Neelofa sudah tidak lagi memakai purdah.
Tak percaya dengan khabar angin itu, Diva selidiklah sendiri, rupa-rupanya semua berpunca selepas perkongsian foto Neelofa tidak berpurdah ketika menunaikan umrah dengan suaminya, Haris Ismail baru-baru ini.
Selepas dapat tahu dia sedang tunaikan umrah, hilanglah rasa terkejut sebab memakai niqab atau purdah ketika ihram adalah dilarang dan jika dilakukan, wajib membayar dam (denda).
Ramai juga marah pada awalnya tetapi selepas mereka tahu larangan tersebut terus tutup mulut.
Cuma satu je, perkara yang boleh mencetuskan fitnah atau mengundang kecaman, lebih baik jangan kongsi dalam media sosial dan tatapan umum sebab tahap IQ setiap manusia berbeza.
Lebih baik Neelofa kongsi foto pemandangan indah di Mekah dan Madinah daripada foto mengundang sebegitu. Tak baik buat ramai terkejut.
DIVA: Rimas tengok peminat Fattah Amin dan Fazura masih bertekak dalam media sosial.