RAMAI ucapkan tahniah dan selamat pulang ke tanah air kepada 23 sukarelawan tanah air yang baru pulang dari misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Selain Ardell Aryana yang disebut-sebut, pempengaruh dan penyanyi, Hazwani Helmi juga antara yang disifatkan sebagai srikandi dalam perjuangan melaksanakan misi ke Gaza itu.
Namun ucapan paling menarik perhatian ramai kepadanya adalah ucapan daripada pelakon, Hariz Hamdan menerusi TikTok.
Memuat naik gambar mereka berdua, anak muda berusia 23 tahun itu melayangkan kata-kata manis bersama latar lagu daripada Alpha berjudul P. Ramlee Saloma dengan lirik manis menyebut bidadari.
Memang bersemut skrin sampai netizen mendoakan Hariz dan Hazwani yang difahamkan pernah menjayakan satu projek bersama-sama dijodohkan.
DIVA: Geleng kepala tengok perangai geng kotak kasut yang rancak berbunyi dalam media sosial.