‘Kalah penari sebenar’- Leona nak jadi superstar dangdut

Tampil berani dan mencuri perhatian ramai, pempengaruh Kasih Iris Leona menghiburkan penonton apabila sakan bergelek menari dangdut bersama sekumpulan krew kabin AirAsia ketika konsert Hausboom Music, malam tadi.
Susulan persembahan tersebut, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona, 23, secara berseloroh menyatakan hasratnya untuk menceburi dunia seni sebagai penari dangdut.
“Tiba masanya saya mulakan karier baharu sebagai superstar dangdut,” katanya dalam hantaran Instagram.
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu lincah menarikan lagu Kopi Dangdut dengan mengenakan busana serba merah yang sepadan dengan krew kabin di atas pentas.
Rata-rata memuji aksi selamba dan penuh keyakinan Leona yang dilihat mampu menghidupkan suasana konsert dengan
tarian energetiknya.
“Mungkin awak finalis seterusnya dalam rancangan Talk To My Manager,” kata peminat.
“Boleh mula fikirkan mengenai nama kelab peminat awak,” ujar pengikut.
“Kalah penari sebenar,” tutur netizen.
Festival Hausboom Music yang berlansung di MAEPS, Serdang, Selangor menghimpunkan variasi penghibur tempatan dan luar negara dalam sebuah konsert berskala besar. – HIBGLAM
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok