TERUS terbang tinggi dalam bidang nyanyian, Bella Astillah sekali lagi melancarkan lagu terbaharunya, berjudul Akhirnya Kamu duet bersama Daniesh Suffian baru-baru ini.
Mengetengahkan genre balada, lagu tersebut merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Daniesh.
Selain lirik yang indah, video muzik rasmi lagu tersebut hangat menjadi bualan ramai apabila menampilkan Ahli Parlimen, Syed Saddiq.
Meski hanya muncul beberapa saat, peminat menyifatkan ayat ‘hai’ yang dituturkan Syed Saddiq kepada Bella dalam video tersebut adalah dialog paling mahal.
“Harap ‘hai’ itu ada kesinambungan manis untuk YB dan Bella, bukan sahaja dalam video tetapi realiti!
“Sudah tengok video ini berulang kali, penat senyum seorang diri.
“Walaupun hanya muncul sebentar sahaja tapi harap YB kekal selamanya dalam hidup Bella,” komen peminat yang teruja. – HIBGLAM
caption
Bella hadir dengan single baharu berjudul Akhirnya Kamu bersama Daniesh Suffian.