SELEPAS hampir dua bulan berjauhan, pelakon Yusuf Bahrin ada menyediakan kejutan sebagai hadiah menyambut kepulangan isteri tercinta yang juga penyanyi Zizi Kirana.
Malah, Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang hadir memberi sokongan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah saya dah jumpa Zizi tadi. Saya kata kat rumah nanti ada kejutan.
“Lepas ini terus balik rumah, insya-Allah,
“Apapun saya ucapkan terima kasih banyak buat mereka yang hadir beri sokongan pada malam ini,” katanya kepada HibGlam.
Zizi merupakan antara 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), usaha antarabangsa membawa mesej kemanusiaan dan solidariti buat rakyat Palestin.
Kesemua peserta dari Malaysia dibebaskan pada Sabtu lalu selepas ditahan rejim Zionis di perairan antarabangsa.
Mereka kemudiannya diterbangkan dari Lapangan Terbang Ramon di Israel ke Istanbul, Turkiye, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. – HIBGLAM