‘Faham kemarahan rakyat Malaysia, saya mohon maaf’

PENYANYI juga pelakon, Bella Astillah memohon maaf dan tidak menyalahkan rakyat Malaysia susulan kecaman hebat diterima atas dakwaan mempromosikan jenama dalam senarai boikot.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, dia faham perasaan rakyat Malaysia ketika ini yang sedang diselubungi api kemarahan terhadap Israel.

“Saya faham macam mana rakyat Malaysia marah. Saya tak salahkan mereka 100 peratus. Kalau saya berada di tempat mereka, mungkin saya juga akan lakukan perkara sama.

Sebagai manusia biasa, saya mohon maaf. Mungkin saya ada banyak kekurangan dan salah silap. Saya akan sentiasa memperbaiki diri.

“Saya sendiri turut terkesan dengan apa yang berlaku tambahan pula aktivis kemanusiaan yang terlibat dalam Global Sumud Flotilla merupakan rakan yang sangat dekat dengan saya seperti Zizi Kirana dan Heliza Helmi,” katanya ketika ditemui di pelancaran lagu terbaharu Akhirnya Kamu, semalam.

Tambah ibu kepada dua anak itu lagi, segala kerja melibatkan jenama-jenama yang dipromosikan telah diaturkan pihak pengurusannya.

Memang pihak pengurusan saya yang aturkan. Tetapi saya sudah pun berbincang dengan mereka untuk menangguhkan hantaran dalam media sosial buat sementara waktu dan mereka faham,” jelasnya.

Dalam pada itu kata Bella, dia sendiri sentiasa berkongsi tentang Palestin dalam media sosial tanda solidariti terhadap negara yang sedang berdepan krisis peperangan itu.

Biarpun terikat dengan kontrak, saya masih teruskan menyebar kesedaran tentang Palestin.Saya harap satu hari nanti kita semua dapat bantu mereka sepenuhnya. Setiap orang ada cara yang berbeza bagaimana mereka hulurkan bantuan atau sebarkan kesedaran tentang isu Palestin.

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang saya sedang cuba lakukan sedaya upaya yang termampu.

Kadang-kadang saya kesian tengok kawan-kawan ada yang beri bantuan tetapi dikatakan cuba menunjuk-nunjuk pula. Ada yang diam, dikatakan tidak peduli pula,” ujarnya.

Terdahulu nama Bella Astillah dan beberapa lagi selebriti popular tanah menjadi bualan hangat netizen kerana dikatakan masih galak mempromosikan jenama yang berada dalam senarai boikot. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok