Tanda pagar #ilovemygf Amad buat Thalita?

SEBELUM ini Diva pernah tertanya-tanya tentang status hubungan dua penyanyi cilik, Amad dan Thalita yang katanya sedang bercinta.

Pada mulanya sangka hanyalah untuk tujuan promosi dan tiada yang serius tetapi baru-baru ini macam makin terbuka pula.

Semuanya disebabkan tanda pagar #ilovemygf yang ditulis Amad dalam sebuah video TikToknya dengan memaparkan rakaman panggilan video bersama Thalita.

Thalita, semoga cepat sihat okey #ilovemygf. Kasihan dia demam,” katanya.

Diva rasa, kalau bercinta sekali pun, tak perlulah terlalu terbuka sebab masih bawah umur, tidak manis pula.

Kalau boleh, elak kongsi perkara sebegitu untuk tatapan umum ya adik-adik. 

Lebih baik fokus dulu untuk pertandingan Talk To My Manager dan pelajaran, kemudian barulah nak bercinta ke nak berjihad sekali pun, silakan

DIVA: Semakin terkesan tengok solidariti dunia terhadap misi kemanusiaan ke Gaza. 


Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok