‘Rambut panjang, pakai cermin mata jangan buat hal’

MEDIA sosial minggu ini dibanjiri dengan video parodi kisah dakwaan seorang suami yang kantoi curang di sebuah klinik kesihatan.

Ramai selebriti dan pempengaruh media sosial melakonkan semula video tular tersebut termasuk Kasih Iris Leona.

Kelakarnya apabila penyanyi Aepul Roza yang diminta menghasilkan lagu sindiran mengenai isu tersebut.

Paling lucu, wajah dan penampilan Aepul turut dikatakan persis wanita dalam video tersebut.

Syaikan (syaitan)! Boleh muka sama pula.

“Rambut panjang, pakai cermin mata dan kulit sawo matang jangan buat hal di Malaysia.

“Saya kena fitnah!” seloroh Aepul dalam sebuah video.

Dalam masa sama, Aepul juga turut menghasilkan lagu terbaharu Aku Yang Salah yang disifatkan rata-rata netizen sesuai benar dengan kisah curang tersebut.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok