Justin Timberlake sakit, reunion NSync ditunda

LEBIH dua dekad tidak sepentas, hasrat kumpulan NSync untuk mengadakan sebuah konsert reunion yang sepatutnya berlangsung tahun ini terpaksa ditunda gara-gara masalah kesihatan seorang anggotanya, Justin Timberlake.

Penyanyi berusia 43 tahun itu kini dikatakan masih berjuang melawan penyakit Lyme yang mengakibatkan tahap kesihatan merosot selain kurang tenaga.

Sebelum itu perancangan persembahan jelajah tersebut turut dipersetujui anggota lain iaitu JC Chasez, Lance Bass, Joey Fatone, dan Chris Kirkpatrick

“NSync kali terakhir mengadakan konsert jelajah bersama-sama pada 2002, namun ada juga beberapa kali mereka muncul bersama dalam acara istimewa termasuk tampil pada  Anugerah MTV Video Music Awards 2013.

JC, Lance, Joey, dan Chris tidak ingin melanjutkan konsert itu tanpa Justin. Jadi mereka semua sepakat menunda perancangan tersebut,” kata sumber lagi.

Pada Julai lalu Timberlake, 44, mengumumkan berhadapan masalah kesihatan yang sangat melemahkan keadaan mental dan fizikalnya.

Berdasarkan semakan, Lyme disebarkan melalui gigitan sejenis kutu Ixodes atau dikenali sebagai deer tick yang mengakibatkan gejala keletihan, demam, sakit sendi, masalah neurologi serta ruam merah.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok